MUSIM DURIAN DI KAMPONG Cerita 1 (27.07.07)( Sebutan “dusun kita” dalam tulisan ini bermaksud dusun keluarga asalkami Datin Seri Shamsiah di seberang sungai)Semalam sedang aku melihat program TV, Man ( Yah ) datang cuba mengajak aku ke dusun “kita” kerana katanya nak diadakan Doa Arwah di dusun pada malam itu. Malam itu? Bila aku tanya sesiapa akan datang ke majlis, katanya “ramai!” tetapi tak tahu sesiapa orang yang disegani akan datang !Yang tentunya “Ustaz Shadat” akan datang untuk membaca do’a arwah. “ Willy-Nilly”, kata phrase dalam bahasa Inggeris , aku rasa nak turut hadir di majlis itu sungguhpun kesihatan aku terlampau mengganggu untuk ikut sama tetapi oleh kerana, kononnya, majlis ini majlis membaca doa selamat untuk Shamsiah (Allah Yarham ) dan juga Ohm (anak ku yang juga sudah tiada) aku pasang niat akan hadir yang akan bermula, kata Man, selepas Solat I’sya , kira-kira jam 9.30 malam. Aku menunggu Lahn balik daripada sesuatu diluar kampong yang beliau cuma sampai balik hampir jam 9.30 malam itu! Aku dihantar oleh Ju dengan kereta Myvi kecil kami hingga ke laman rumah Halimah (kenalan dan sepupu jauh Shamsiah) dan Man sudah menunggu dengan motornya untuk membawa aku ke dusun terus. Seksanya untuk menaikki motor kerana tubuh badan ku sudah tegang sakit tua! Alhamdulilah dari jauh laman dangau (pondok) sudah nampak terang daripada jangkaan aku kerana sudah dipasang lampu torchlight besar batteri! Aku lihat begitu ramai dihalaman dangau , tidak kurang daripada 30 orang dewasa , yang baru sudah makan dan juga yang sedang menjamu selera mereka! Di atas lepor dangau “tetamu khas” kita (Ustaz Shadat dan anak-anaknya ! ) juga sedang menjamu selera mereka.! Aku tanya Lahn dan diberitahu mereka yang ada pada malam itu adalah “budak-budak kampong” yang menjaga dusun di musim durian disekitar dusun kita dan juga penjaga-penjaga kebun durian disekitarnya! (Man menjaga dusun kita) Membaca do’a pun sudah selesai cuma berehat-berehat selepas makan. Nampaknya Lahn begitu mesra dan ramah dengan mereka atau “gengnya”(almaklum sudah jadi orang kampong (begitulah hendaknya!)Aku terkejut pada jamuan tersebut seorang dua daripada mereka sedang membakar BBQ kambing , sebahagian daripada jamuan malam itu, selain daripada nasi minyak, gulai daging kambing, dan daging panggang bbq kambing; itu sahaja! Pada diri aku lazat makan malam itu. Secara berseloroh bila aku bertanya siapa tukang masak mereka pada malam itu mreka mula tunjuk menunjuk sesame sendiri masing-masing menyebut nama si-anu si-anu ; semua tidak mahu mengakui diri hingga ramai mengatakan “Pak Razak!” Memang sedap sungguh masak “Pak Razak”utamanya gulai kambing malam itu. Tukang masaknya yang sebenarnya memanglah Pak Razak dan gengnya.Selepas beberapa waktu secara bergurau aku bertanya kepada Pak Razak mana manisan selepas makan; mana kudap-kudapan kampong Buaia, masing-masing gelak ketawa dan menyatakan “Tahun depan!!!”. Bila aku terus bergurau “apa program selepas ini, siapa penyanyi dan band siapa” mereka juga semua mejawab “ Tahun depan!!Aku selidiki daripada Man jamuan malam itu adalah sumbangan kutipan daripada semua ala kadar antara $10.00 hingga $20.00 masing-masing siapa yan mampu! Jumlah kutipan untuk jamuan pada malam itu dikatakan lebih kurang $300.00. Daging kambing sebelah potongan badan kambing itu sahaja berharga $100.00 ! Tetap jamuan malam itu begitu berselera dan alam sekitarnya juga begitu nyaman. Rasaku semua orang telah rasa puas hati dengan majlis “makan malam” itu. Semua bercadang dimusim tahun depan akan diadakan jamuan seperti malam itu lagi; Insyaha allah!Sebelum aku dibawa balik aku dapat memerhatikan bahawa tukang bakar BBQ masih lagi membakar dagingnya sementara yang lain sedang membukus habuan lauk-lauk dan daging paggang dan juga nasi minyak dalam bungkus plastic untuk mereka balik ke rumah untuk mereka yang menuggu dan yang dikasihi. It was a “great night” for me. Malangnya melainkan aku dan Razlan dan Ju yang ada dirumah seorangpun tuan-punya nama tanah dusun kita TIDAk datang atau tidak ada balik pada musim durian tahun ini. Bebal rasa hatiku! Keadaannya zaman “ubanisation” sudah mula mengikis nilai-nilai murni zaman silam; sudah banyak yang mula akan hapus atau luput. Selalu aku dengar sebutan diantara mereka yang mengatakan “dibandar kames pun sudah banyak durian djual. Murah dan tak payah balik kampong!” Entahlah aku akan tak tahu lagi. Umur aku dan zaman akhirku sudah agak sudah sampai”Sebelum aku menutup ruangan ini aku diberitahu Razlan tidak balik malam ini kerana memburu landak( atau bersukan atau ke membunuh atau ke menimbak binatang yang tak berdosa!) Itulah gembira dan seronoknya tinggal dikampong!Aku akan menurunkan diruangan lain cerita menjaga kebun durian dimasa remajaku Insya AllahCatitan: jam 11.30 malam
Posted by TOH MAHARAJA
Sunday, June 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment